Isnin, 8 September 2014

MUKADIMAH PENGAJIAN MALAYSIA

Pengenalan

PENGENALAN : PENGAJIAN MALAYSIA

Objektif Kuliah ;Di akhir kuliah pelajar-pelajar dapat :

Memahami isi kandungan kursus Pengajian Malaysia.
Memperincikan perkara-perkara yang perlu dipelajari di dalam kursus Pengajian Malaysia.
Membezakan kursus Pengajian Malaysia dengan kursus-kursus lain seperti sejarah dan budaya.
Menghayati pengetahuan yang berkaitan dengan Pengajian Malaysia.

RUJUKAN UTAMA

Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin (2003), Pengajian Malaysia, Kuala Lumpur, Penerbitan Fajar Bakti.
Asnarulkhadi Abu Samah dan Jayum Jawan ( 1997 ). Pengajian Malaysia. Serdang: Penerbit Putra Malaysia.
Nazaruddin Hj. Mohd Jali et. al., translated by Wong Fook Khoon (2003). Malaysian Studies, Nationhood and Citizenship, Pearson Prantice Hall, Kuala Lumpur
Nazaruddin Hj. Mohd Jali et. al., 2004, Kenegaraan dan Kewarganegaraan, Prantice Hall, Kuala Lumpur

LATAR BELAKANG

Kuliah pertama ini cuba memberikan latar belakang mengenai kursus ini.
Kursus Pengajian Malaysia ialah pengajian mengenai masyarakat, sejarah, politik dan ekonomi Malaysia. Pengajian mengenai kenegaraan memerlukan bukan sahaja pemahaman tetapi juga penghayatan sebagai warganegara yang setia dan peka kepada sejarah , perubahan sistem pentadbiran, dasar dan pembangunan negara. Bidang ini lebih merujuk kepada pembinaan negara bangsa.

PENAWARAN KURSUS PENGAJIAN MALAYSIA DI IPTS.

Kursus ini wajib untuk semua pelajar IPTA dan juga IPTS. Namun nama kursus adalah berbeza antara sesuatu institusi dengan institusi yang lain. Di KUTPM, kursus ini dinamakan sebagai Pengajian Malaysia. Di IPTA dan IPTS lain ia dinamakan dengan pelbagai nama seperti Kerajaan Malaysia, Politik Malaysia, dan Masyarakat Malaysia. Nama yang berbeza-beza ini juga diiikuti dengan penekanan kandungan yang berbeza juga.

MATLAMAT KURSUS PENGAJIAN MALAYSIA

Walau dalam bentuk apa sekalipun namun matlamat utama kursus yang berkaitan dengan Pengajian Malaysia adalah sama iaitu, agar pelajar-pelajar dapat:
Memperkukuh pemahaman dan penghayatan ciri-ciri dan sifat-sifat kenegaraan seperti menghargai pengorbanan pemimpin dan sumbangan pemimpin negara;
Menghayati perjuangan penduduk dahulu menentang penjajah;
Memahami proses kerjasama, tolak ansur dan akomodasi dalam pembentukan negara ( terutamanya tolak ansur antara kaum );
Memahami peristiwa sejarah negara ini yang berliku, dan keagungan sejarah lampau;
Memahami masyarakat majmuk yang mencorakkan negara ini dan juga proses intergrasi yang berlaku diantara kaum;
Memahami kesan-kesan daripada penjajah terutamanya Inggeris dan Jepun ke atas masyarakat dan pemerintahan negara ini;
Memahami dasar-dasar utama kerajaan baik dasar sosial mahupun dasar ekonomi;
Memahami sistem pemerintahan, kehakiman dan perundangan Malaysia sebagai sebuah negara berpelembagaan dan berparlimen;
Akhirnya menjadikan pelajar sebagai rakyat yang berkeperibadian mulia yang menumpahkan taat setia kepada raja dan negara.

KANDUNGAN KURSUS

Kandungan kursus adalah seperti yang dinyatakan di dalam sinopsis kursus ini. Sila rujuk. Di bawah ini diringkaskan kandungan kursus Pengajian Malaysia ini.

Sejarah Malaysia

Negara Malaysia adalah terbentuk pada tahun 1963 apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu membentuk Malaysia. Namun demikian, sejarah negara kita dapat dijejaki lebih kurang 40,000 tahun yang lampau. Dengan demikian bahagian sejarah sebelum Malaysia ini menyentuh tajuk-tajuk seperti :

I. Sejarah awal : Menganalisis zaman-zaman prasejarah sehinggalah pemerintahan Jepun di negara ini.

II. Perjuangan mencapai kemerdekaan. Menekankan bagaimana penduduk negara ini menentang penjajah Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun, samada melalui perjuangan berdarah atau melalui meja perundingan.

III. Penubuhan Malaysia. Menganalisis bagaimana negara Malaysia terbentuk iaitu sebagai gabungan Tanah Melayu, Sabaha, Sarawak dan Singapura; dan tentangan-tentangan semasa mewujudkan Malaysia.

IV. Perpaduan dan integrasi nasional. Membincangkan kewujudan masyarakat majmuk di negara ini, serta masalah-masalah yang membawa kepada perpecahan, dan faktor-faktor yang membawa kepada perpaduan dan integrasi

V. Rukun negara. Menekankan kepada kepentingan Rukun Negara di dalam membawa masyarakat ke arah pembangunan; penekanan diberikan kepada faktor-faktor yang membawa kepada terbentuknya Rukun Negara dan analisis ke atas prinsip-prinsipnya.

Sistem Pemerintahan

Negara Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi berparlimen. Ia diketuai oleh Duli Yang Maha Mulia Yang diPertuan Agong.
I. Perlembagaan Malaysia. Sejarah kewujudan beberapa perlembagaan di negara ini; penekanan lebih diberikan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia;

II. Demokrasi berparlimen. Menumpukan perbincangan kepada bagaimana proses demokrasi berjalan di negara ini dengan penekanan kepada parlimen dan pilihan raya;

III. Raja Berperlembagaan. Membincangkan latar belakang sistem beraja di negara ini, khususnya kedudukan Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja;

IV. Badan Eksekutif. Membincangkan bidang eksekutif (pentadbiran) di negara ini yang diketuai oelh Yang di Pertuan Agong yang menurunkan kuasanya kepada Perdana Menteri, perbincangan juga tertumpu kepada sistem kabinet.

V. Perundangan dan kehakiman. Membincangkan sistem kehakiman dan perundangan di negara ini, dari segi sejarah dan bentuk (jenis);

VI. Kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Membincangkan konsep federalisme, latar belakang sistem federalisme di Malaysia dan hubungan kerajaan pusat (persekutuan dengan kerajaan negeri);

Dasar-dasar utama negara

Negara Malaysia merupakan sebuah negara sedang membangun. Dasar-dasar yang berkaitan dengan pembangunan telah dibentuk oleh kerajaan yang menjadi panduan kepada pembangunan.
I. Dasar-dasar sosial. Membincangkan beberapa dasar sosial seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Dasar Kebajikan Masyrakat Negara.
II. Dasar Pembangunan Negara. Menekankan perbincangan ke atas dasar-dasar berkaitan dengan pembangunan ekonomi seperti Dasar Ekonomi Baru Dasar Pembangunan Nasional, rangka Rancangan Jangka Panjang serta rancangan lima tahun.
III. Wawasan 2020. Membincangkan konsep negara maju yang ingin dicapai oleh wawasan 2020 serta sembilan cabaran yang dihadapi.

PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Di antara matlamat Kursus Pengajian Malaysia ini adalah untuk menanamkan dalam diri rakyat negara ini ciri-ciri rakyat negara bangsa. Negara bangsa adalah merujuk kepada negara yang bertamadun (berbudaya sivik), dimana rakyatnya sudah menerima satu 'pandangan dunia' (weltanschaung) politik yang sama. Di antara ciri sebuah negara bangsa ialah :

I. Masyarakatnya hidup aman damai tanpa dipisahkan oleh elemen sempit seperti etnik, kedaerahan, kebudayaan dan kepercayaan.

II. Sebilangan besar ahli masyarakat berpegang kepada ideologi politik yang sama iaitu tiada percanggahan dalam mencapai matlamat negara walaupun terdapat perbezaan dari segi kaedah mencapai matlamat.

Matlamat utama sebuah negara bangsa ialah di mana anggota masyarakat bersatu pada dan beritegrasi, hidup aman dan damai dalam sebuah negara. Itulah harapan kita semua sebagai rakyat Malaysia.

PENUTUP Dalam kuliah ini, kita telah membincangkan latar belakang mengenai kursus ini. Dengannya diharap pelajar-pelajar mendapat gambaran ringkas mengenai kursus ini. Daripadanya juga pelajar dapat membuat persediaan sebelum mengikuti kuliah untuk taju-tajuk seterusnya.

Apa yang diharapkan daripada kursus ini ialah agar kita dapat menanamkan unsur-unsur kenegaraan dalam diri kita. Walaupun apa yang kita pelajari adalah mengenai sejarah, politik, sosial dan ekonomi, namun apa yang dipentingkan ialah apakah yang dapat kita ambil iktibar daripadanya, dan dapat kita menamkan semangat sayangkan negara.

Soalan Kefahaman.

Apakah yang anda faham tentang kursus Pengajian Malaysia?
Apakah yang ingin dicapai melalui kursus Pengajian Malaysia?
Bagaimanakah caranya untuk menjadikan pelajar seorang rakyat yang menumpukan taat setia kepada raja dan negara ?
Apakah yang anda faham tentang konsep negara bangsa? PENGENALAN : PENGAJIAN MALAYSIA

Objektif Kuliah ;

Di akhir kuliah pelajar-pelajar dapat :

Apakah yang anda faham tentang konsep negara bangsa?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan